Monday, May 2, 2011

Ciri-ciri Isteri Solehah.. Adakah Anda Memilikinya???

 Ketika cik fid layan utusan.com.my,  cik fid terjumpa artikle ni

SOALAN:
KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?

Jawapan:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.

Kahwin Semasa Belajar, Satu Perspektif

Kali ini sengaja saya sedikit keluar daripada skop perbincangan Keluarga Idaman mengenai pemilihan pasangan, sekadar mencara sedikit kesegaran daripada penulisan ilmiah kepada sedikit santai agar pembaca tidak terbeban. Tajuk ini sangat di minati ramai, bukan tulisan saya tetapi tajuk hangat perbincangan remaja alam kampus lebih-ebih lagi yang belajar di luar negara. Mengapa ya? Pada saya mungkin kerana :

1. Terpengarauh dengan suasana orang lain yang berkahwin, jadi perasaan untuk berkahwin datang mendesak. Orang kawin aku pun nak kawin.
2. Kesedaran agama yang lahir untuk menjaga diri daripada terjebak kepada maksiat. Tambah pula teknologi makin canggih, maksiat 24 jam di hadapan mata.
3. Bagi yang jauh di perantauan, kejauhan daipada kasih sayang ibubapa dan adik-beradik menjadikan jiwa sunyi, jadi mencari seseorang untuk disayangi dan menyayangi adalah alternatifnya.
4. Umur yang sudah tiba masanya untuk beralih angin kehidupan daripada bujang kepada berdua.

Tak Salah Kahwin Muda

KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

Jika zaman dulu-dulu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga dianggap sebagai perkara biasa, namun tidak pula di zaman siber ini. Jika si jejaka berusia 30 tahun dan yang gadis pula berusia 25 tahun – dan masih belum berumahtangga – ia masih lagi dianggap perkara biasa bagi sesetengah masyarakat.

ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun?

Sunday, May 1, 2011

Mas Kahwin Menurut Pandangan Islam


Perkara yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah ringan mas kahwinnya. Hendaklah maskahwin si isteri tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham.

Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:
“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”

Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

Cinta Selepas Kahwin


kisah bait rmh tngga bru yg brsulam cnta...sweet je..huhu ...

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.