Monday, May 2, 2011

Ciri-ciri Isteri Solehah.. Adakah Anda Memilikinya???

 Ketika cik fid layan utusan.com.my,  cik fid terjumpa artikle ni

SOALAN:
KITA biasa dengan ungkapan yang berbunyi, "syurga di bawah tapak kaki ibu". Tetapi benarkah syurga isteri pula di bawah tapak kaki suami? Adakah ungkapan ini disokong oleh mana-mana hadis?

Jawapan:
Mentaati ibu bapa balasannya syurga. Dalam hadis-hadis, Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi mereka yang taat kepada kedua ibunya.

Kahwin Semasa Belajar, Satu Perspektif

Kali ini sengaja saya sedikit keluar daripada skop perbincangan Keluarga Idaman mengenai pemilihan pasangan, sekadar mencara sedikit kesegaran daripada penulisan ilmiah kepada sedikit santai agar pembaca tidak terbeban. Tajuk ini sangat di minati ramai, bukan tulisan saya tetapi tajuk hangat perbincangan remaja alam kampus lebih-ebih lagi yang belajar di luar negara. Mengapa ya? Pada saya mungkin kerana :

1. Terpengarauh dengan suasana orang lain yang berkahwin, jadi perasaan untuk berkahwin datang mendesak. Orang kawin aku pun nak kawin.
2. Kesedaran agama yang lahir untuk menjaga diri daripada terjebak kepada maksiat. Tambah pula teknologi makin canggih, maksiat 24 jam di hadapan mata.
3. Bagi yang jauh di perantauan, kejauhan daipada kasih sayang ibubapa dan adik-beradik menjadikan jiwa sunyi, jadi mencari seseorang untuk disayangi dan menyayangi adalah alternatifnya.
4. Umur yang sudah tiba masanya untuk beralih angin kehidupan daripada bujang kepada berdua.

Tak Salah Kahwin Muda

KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

Jika zaman dulu-dulu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga dianggap sebagai perkara biasa, namun tidak pula di zaman siber ini. Jika si jejaka berusia 30 tahun dan yang gadis pula berusia 25 tahun – dan masih belum berumahtangga – ia masih lagi dianggap perkara biasa bagi sesetengah masyarakat.

ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun?

Sunday, May 1, 2011

Mas Kahwin Menurut Pandangan Islam


Perkara yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah ringan mas kahwinnya. Hendaklah maskahwin si isteri tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham.

Adab Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:
“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”

Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

Cinta Selepas Kahwin


kisah bait rmh tngga bru yg brsulam cnta...sweet je..huhu ...

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Saturday, April 30, 2011

Couple Itu Haram

Bismillahirrahmanirrahim..

EPISOD 1
"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.
"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).
"Huiyyo..(terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.
Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Cara Memilih Calon Suami atau Isteri

Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa, dan kebahagian didalam rumah tangga.
Tahukah bagaimana untuk mencapainya dan apakah ciri-ciri yang perlu ada didalam sebuah rumah tangga yang bahagia?

Perempuan yang dipilih jadi isteri.

Sunat bagi mereka yan hendak mendirikan rumah tangga memilih calon isteri yang mempunyi ciri-ciri berikut
• Perempuan yang beragama lagi soleha kerana sabda Nabi
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau.

Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus

  1. KETIKA MENCARI CALON
    Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

  2. KETIKA MELAMAR
    Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

  3. KETIKA AKAD NIKAH
    Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

  4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
    Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

  5. KETIKA MALAM PERTAMA
    Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

Friday, April 29, 2011

Hati Seorang Isteri

“Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya…” An-Nisa:1
Hanan tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa.
 
Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

60 Petua Mencari Jodoh

  1.  Semua orang Ada jodoh atau pasangan yang menanti Dan biasanya ianya Berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah Dan Kita wajibberusaha. Doa, usaha yang Betul Dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan Menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti?magnet? Yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah Untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua Orang di dunia ini.

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat?

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh. Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai. Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank. Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500. Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.